Pengurusan bilik darjah
ialah proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan
komunikasi dan interaksi antara murid. Bilik darjah ialah persekitaran
pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Di
dalam pengurusan bilik darjah terdapat elemen-elemen penting iaitu aktiviti
pengajaran berkumpulan, aktiviti pengajaran individu, penyediaan bahan, pusat
pembelajaran dan juga pengurusan sumber.
Kementerian Pendidikan menjangka
2,000 bilik darjah pintar untuk pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) akan dapat
disiapkan selewat-lewatnya Mac ini. Menteri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata
pihaknya akan mengguna pakai peruntukan RM190 juta yang diumumkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2018. Beliau
bagaimanapun mengalu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak swasta yang
ingin bekerjasama membantu melengkapkan kemudahan di sekolah yang dikenal
pasti, bagi menyokong pelaksanaan PAK-21 yang menjadi sebahagian daripada
Program Transformasi Digital Kementerian Pendidikan. Pada majlis itu, beliau
turut berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran secara digital
dikendalikan guru untuk pelajar SMK Dato Syed Ahmad, selain menyertai
persidangan video secara langsung dengan guru dari Sekolah Tun Fatimah, Johor. PAK-21
menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsurkan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dilaksanakan dengan penyediaan bilik darjah bersesuaian dan
disusuli penyediaan rancangan mengajar serta pelaksanaan pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21
Artikel
penuh boleh didapati di https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/375022/2000-bilik-darjah-pak-21-siap-mac-ini
Comments
Post a Comment