BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


DEFINISI BUDAYA
  • Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasil tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosial (amir 2002)
  • Budaya adalah keseluruhan yang komplek yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (tylor 1871)
  • Budaya adalah proses sosial dimana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan (bourdieu 1990)

KEPENTINGAN MEMAHAMI KEPELBAGAIAN BUDAYA BAGI GURU


  • guru boleh menjadi ajen yang dapat memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya dengan menggunakan budaya dari kaum masing-masing dimana mengajarkan tentang budaya kepada semua pelajar
  • seorang guru juga akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid  daripada pelbagai budaya dengan mengamalkan sikap tidak berprasangka atau prejudis serta berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat


CIRI-CIRI GURU BERKESAN

  • Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang.
  • Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik yang diajar.
  • Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran
  • Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
  • Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku.
  • Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.


Comments