BAB 13: PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT




  • Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang mudah iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan meyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan.

  • Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999).

  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “ Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperrti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan genster atau “ triad society ”. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan.

  • Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin dan tingkah laku. 

  • Berdasarkan artikel di atas, dapat dilihat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan rutin melakukan pemeriksaan pemasangan keselamatan kebakaran di semua sekolah secara berkala setiap tahun di Kuala Kubu Bharu.

Comments