BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Pengurusan merupakan proses merancang, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1884). Menurut Robins (1984), pengurusan merupakan satu proses mendapatkan secara berkesan untuk mencapai matlamat. Antara kepentingan pengurusan adalah untuk menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambahkan produktiviti dan mendpatkan keredaan Tuhan.



Pengurusan sekolah pula mempunyai organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir kerana sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Kumpulan sasarannya juga manusia seperti kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi, dan sosial.Pengurusan sekolah mengandungi pengurusan bilik pembelajaran, pengurusan sumber,pengurusan tingkah laku/disiplin, pengurusan penasihatan, multibudaya, multiupaya, sekolah dan masyarakat, dan pengurusan kokurikulum

Comments