BAB 7: PENGURUSAN SUMBER




Pusat Sumber sangat penting bagi sesebuah sekolah kerana ia menjadi sumber utama untuk mencari bahan pembelajaran. Pihak sekolah perlu mengurus pusat sumber mereka dengan baik agar pusat sumber tersebut tidak menjadi tempat menyimpan buku yang mebosankan. Bagi pendapat saya, pusat sumber hendaklah menarik perhatian seperti dekorasi dan penggunaan warna yang digunakan dalam pusat sumber tersebut. Selain itu, pusat sumber di sekolah seharusnya menyediakan beberapa sudut khas yang menarik untuk pelajar membuat kerja rumah, berbincang dan melayari laman sesawang.
Anugerah Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan ini perlu diteruskan dan diadakan setiap tahun. Hal ini akan menggalakkan semua sekolah yang ada di Malaysia mepertingkatkan pengurusan pusat sumber mereka dari pelbagai aspek. Anugerah seperti ini sudah pasti akan menggalakkan persaingan yang sihat antara pusat sumber sekolah di Malaysia. Apabila sesebuah sekolah berjaya mendapat anugerah yang nilainya besar seperti ini, saya yakin pusat sumber sekolah  tersebut dapat menambah baik prasarana dan menggunakan teknologi yang canggih setaraf dengan pusat sumber di Negara-negara yang maju.

Comments