Pengurusan Pembelajaran sangat penting
bagi semua sekolah dan institusi pembelajaran yang ada di Malaysia. Antara orang yang sangat penting dalam
memainkan peranan penting dalam pengurusan pembelajaran ini ialah guru itu
sendiri. Guru hendaklah membimbing pelajar dengan jayanya dalam mana-mana
subjek yang diajar. Cikgu yang berpengalaman dan kreatif dalam mengajar sudah
pasti akan meningkatkan prestasti sesebuah sekolah dalam bidang akademik dalam
subjek yang diajarnya. Namun, tidak semua guru yang ada di Malaysia ini
mempunyai kemahiran yang sama dan mempunyai cara mengajar yang berbeza.
Bagi memenuhi hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam menyasarkan pengunaan kaedah PAK21 yang menyeluruh di
semua sekolah yang ada di Malaysia ini, guru hendaklah mengajar dengan kreatif
dan sentiasa mencari kaedah mengajar yang baru dalam P&P. Hal ini sudah
semestinya akan memberi impak yang sangat positif terutamanya dari segi
pengetahuan pelajar dalam apa yang telah dipelajarinya. Bukan itu sahaja,
pelajar juga tidak akan mudah bosan dan jemu dalam kelas semasa P&P sedang
dijalankan sekiranya PAK21 ini dipraktikkan. Pelajar akan mudah merasa bosan
apabila cikgu hanya tahu bercakap dan menulis nota di papan putih. Oleh itu, cikgu
wajib menjadi kreatif semasa P&P dan sentiasa mencari kaedah yang baru
untuk pelajarnya.
Comments
Post a Comment