BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN




Ini had hukuman guru pada murid mengikut undang-undang anda perlu tahu
Ini merupakan penjelasan yang lebih terperinci megenai kuasa guru untuk memberikan hukuman kepada pelajar, jenis-jenis kesalahan yang patut diberikan mengikut kategori kesalahan tersebut. Kuasa guru yang diperuntukkan oleh undang-undang. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa guru besar atau Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab penuh dalam melaksanakan hukuman terhadap murid. Walau bagaimanapun, kuasa menghukum murid dengan tujuan untuk memberi pengajaran boleh diturunkan kepada guru-guru lain yang berdaftar dan guru yang dipertanggungjawabkan mestilah mengetahui tatacara yang telah ditetapkan dan surat penurunan kuasa juga hendaklah dikeluarkan kepada guru tersebut. Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 juga memperuntukkan prosedur yang perlu dipatuhi bagi menjalankan hukuman rotan.

Intipati peraturan tersebut adalah seperti berikut:
1.      Murid perempuan adalah dikecualikan daripada hukuman rotan
2.      Hukuman rotan ke atas murid-murid lelaki hendaklah menggunakan rotan yang ringan dikenakan sama ada di tapak tangan atau punggung yang berlapik dengan pakaian
3.      Hanya guru besar atau guru yang diberikan kuasa sahaja yang boleh melakukannya.
4.   Semua hukuman yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tandatangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan. Kemudian, rekod tersebut akan disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar.
5.    Guru yang dipertanggungjawab melaksanakan hukuman rotan bukanlah melakukan berdasarkan perasaan dendam atau marah kepada murid tetapi ia adalah
sebahagian daripada proses mendidik. Tindakan yang dikenakan terhadap murid seharusnya difahami oleh semua pihak iaitu sebagai alat untuk mendisiplinkan murid bukannya sebagai alat untuk mencederakan fizikal dan mental murid.
6.      Hukuman rotan di khalayak ramai sama ada di tapak perhimpunan atau di tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran adalah tidak dibenarkan sama sekali. Tindakan ini boleh menjatuhkan maruah dan memberi impak negatif yang lebih besar terhadap keperibadian murid.

7. Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan dua surat Pekeliling Ikhtisas bagi memperingatkan guru daripada berkenaan hukuman ke atas salah laku
murid yang tidak dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959.

Comments